awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan

Bernama
Bernama
05/02/2025
09:31 MYT
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
Sebanyak 20 lesen dikeluarkan bagi tujuan penjualan mercun dan bunga api, membabitkan bazar Ramadan di Seksyen 13, 17, 19 dan 20, Shah Alam.- Gambar hiasan/Bernama
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan itu sepanjang Ramadan kali ini.
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata sebanyak 20 lesen dikeluarkan bagi tujuan itu, membabitkan bazar Ramadan di Seksyen 13, 17, 19 dan 20.
"Sebanyak lima lesen dikeluarkan bagi setiap bazar dan mereka yang berkenaan hanya dibenarkan berniaga di tempat yang telah ditetapkan MBSA," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog awam bagi pelan tebatan banjir Setia Alam di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melarang jualan mercun dan bunga api di semua bazar Ramadan di bawah kendalian MBI tahun ini, antara lain bertujuan untuk menjamin keselamatan awam.
Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata bazar Ramadan Stadium Shah Alam akan dibuka seperti biasa termasuk kawasan meletak kenderaan di kawasan terbabit.
Beliau berkata walaupun Stadium Shah Alam dalam proses perobohan, pihaknya memberi jaminan tiada isu keselamatan kepada peniaga dan pengunjung berhubung kerja-kerja runtuhan struktur stadium itu.
"Bazar akan dibuka macam biasa, malah jumlah peniaga yang ada dalam senarai kita untuk tahun ini juga masih sama seperti tahun sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSA
#jualan mercun
#Bazar Ramadan
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan