awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC gesa kemas kini iOS segera susulan risiko keselamatan

Bernama
Bernama
19/03/2026
13:47 MYT
MCMC gesa kemas kini iOS segera susulan risiko keselamatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa pengguna Apple supaya segera mengemas kini peranti iOS mereka susulan penemuan pelbagai kelemahan keselamatan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa pengguna Apple supaya segera mengemas kini peranti iOS mereka susulan penemuan pelbagai kelemahan keselamatan.
MCMC dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, Apple telah mengeluarkan kemas kini keselamatan penting yang menangani kelemahan termasuk rantaian eksploit yang dikenali sebagai “DarkSword” yang menjejaskan peranti iOS, khususnya iPhone Apple.
Kenyataan itu memaklumkan, kelemahan berkenaan boleh dieksploitasi secara serentak untuk menjejaskan peranti yang terlibat, sekali gus berpotensi membolehkan akses tanpa kebenaran dan aktiviti berniat jahat lain.
“Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya mengemas kini peranti mereka kepada versi iOS terkini bagi memastikan ia kekal dilindungi,” menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan, peranti yang tidak dikemas kini mungkin terdedah kepada risiko keselamatan, termasuk akses tanpa kebenaran kepada data peranti dan maklumat peribadi, pemasangan perisian pengintip atau perisian hasad, kecurian mesej, fail atau data sensitif lain serta kemungkinan pemantauan atau pengawasan terhadap peranti.
Suruhanjaya itu turut menasihatkan pengguna supaya mengaktifkan kemas kini automatik, mengelakkan melayari laman web mencurigakan, hanya memasang aplikasi daripada Apple App Store rasmi serta memulakan semula peranti selepas kemas kini dan sentiasa peka terhadap sebarang tindakan luar biasa.
MCMC memaklumkan, orang ramai perlu mengamalkan tabiat digital selamat dan hanya bergantung kepada maklumat daripada sumber rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#iPhone
#iOS
#DarkSword
#Apple App Store
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan