awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC gesa pembekal perkhidmatan internet patuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
07/07/2023
03:43 MYT
MCMC gesa pembekal perkhidmatan internet patuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan tegas berkenaan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi yang semakin meningkat. - Gambar hiasan
Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas berkenaan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi yang semakin meningkat.
Dalam satu kenyataan, SKMM memaklumkan, telah mengeluarkan amaran serta menekankan kepada Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) mengenai tanggungjawab dan tugas mereka di bawah Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi menangani isu ini.
Seksyen 263 AKM 1998 mewajibkan ISP memberi komitmen penuh bagi menghalang sebarang kesalahan penggunaan perkhidmatan, tingkah laku melanggar undang-undang, atau aktiviti lain yang melibatkan perlindungan hasil pendapatan awam dan keselamatan negara.
Mereka juga dikehendaki menyediakan sumber dan kepakaran yang mencukupi untuk memastikan keperluan Seksyen ini dilaksanakan segera serta mematuhi sebarang permintaan atau arahan dikeluarkan SKMM.
"Berdasarkan tuntutan tersebut, rancangan tindakan dan langkah-langkah pencegahan perlu disediakan bertujuan memastikan keselamatan maklumat dan keberkesanan rangkaian dikekalkan," tambah kenyataan itu.
Beberapa aspek yang ditekankan termasuk penyebaran bahan penderaan seksual terhadap kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan yang menggugat kestabilan kaum dan kepentingan agama, penghinaan terhadap Institusi Diraja, penipuan dan penyalahgunaan maklumat peribadi (phishing), penjualan dan promosi dadah serta bahan terlarang, penyamaran, penyebaran berita palsu dan maklumat palsu, dan penjualan produk kesihatan tanpa lesen.
"Menurut Seksyen 244 AKM 1998, bukan sahaja organisasi ISP itu sendiri yang boleh dikenakan tindakan, malah pengarah, ketua pegawai, atau individu yang bertanggungjawab dalam pentadbiran syarikat juga mungkin dihadapi pertuduhan jika mereka dengan sengaja terlibat dalam aktiviti jenayah selepas dimaklumkan tentangnya," jelas kenyataan itu lagi.
Langkah ini diambil berikutan peningkatan jumlah aduan awam yang berkaitan dengan penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan jenayah dalam talian.
Dalam pada itu, SKMM menyeru semua pihak, termasuk ISP dan pengguna Internet, untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam memastikan keutuhan dan keselamatan penggunaan Internet di negara ini.
SKMM juga berazam untuk terus memantau perkembangan dalam arena digital dan akan mengambil tindakan lebih lanjut jika terdapat penyalahgunaan atau aktiviti yang melanggar undang-undang.
Topic Berkaitan
#isp
#Pembekal Perkhidmatan Internet
#Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan