awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi

Bernama
Bernama
18/01/2025
09:00 MYT
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Fahmi bercakap pada sidang media pada majlis perasmian Program Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pantai Dalam hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbincangan sedang berjalan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft yang merupakan pemilik LinkedIn mengenai pelesenan platform media sosial itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perbincangan berkenaan bertujuan melihat sama ada LinkedIn memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendaftar bagi mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) di Malaysia.
"Kita dapati LinkedIn mempunyai jumlah pengguna melebihi 8 juta (di Malaysia). Angka ini telah diumum oleh LinkedIn sendiri bagi suku pertama 2025 dan MCMC telah mula berhubung dengan pihak Microsoft yang memiliki LinkedIn," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rintis Future Health for All (FH4A) di sini hari ini.
Mengenai platform X dan YouTube, Fahmi berkata perbincangan mengenai pendaftaran lesen berkenaan masih berjalan.
"Bagi pihak Meta, mereka dalam fasa akhir sama seperti yang saya sebut baru-baru ini, ada satu dokumen yang mereka sedang dalam proses untuk hantar," tambahnya.
Sebelum ini Kementerian Komunikasi memaklumkan Telegram menjadi platform ketiga selepas TikTok dan WeChat yang mendapat kelulusan lesen ASP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Fahmi Fadzil
#Microsoft
#LinkedIn
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan