awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC NEXUS: Rakyat sumbang data, uji prestasi internet negara

Astro AWANI
Astro AWANI
31/03/2026
07:40 MYT
MCMC NEXUS: Rakyat sumbang data, uji prestasi internet negara
Teo Nie Ching (dua dari kiri) berkata MCMC NEXUS membolehkan pengguna menguji kelajuan internet dan prestasi rangkaian secara masa nyata di lokasi masing-masing. - Gambar Astro AWANI/Ikqwan Lee
MCMC NEXUS menjadi pemangkin baharu dalam usaha memperkukuh transformasi digital negara secara lebih inklusif dan berasaskan data.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata aplikasi yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu membolehkan pengguna menguji kelajuan internet dan prestasi rangkaian secara masa nyata di lokasi masing-masing.
Jelasnya lagi, semua data yang dikumpulkan adalah anonim tanpa melibatkan maklumat peribadi pengguna, selaras Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
"Pelancaran MCMC NEXUS merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem digital negara dengan penglibatan aktif rakyat sebagai penyumbang data.
"Akses kepada internet berkualiti merupakan satu keperluan asas pada masa kini bagi menyokong pelbagai aspek kehidupan termasuk pendidikan, perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan komunikasi harian," jelas Nie Ching ketika menghadiri Majlis Pelancaran MCMC NEXUS, di sini, pada Selasa.
MCMC NEXUS membolehkan pengguna membuat ujian kelajuan muat turun, muat naik, ping dan jitter untuk rangkaian 4G, 5G dan Wi-Fi, selaras piawaian Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).
Antara ciri utama lain adalah fungsi 'route survey' dan 'building survey' di mana pengumpulan data dibuat berdasarkan lokasi sebenar termasuk dalam bangunan dan sepanjang laluan pengguna.
Sehingga kini, aplikasi MCMC NEXUS merekodkan lebih 51,415 muat turun dengan pengumpulan sekitar 168 juta titik data prestasi rangkaian di seluruh negara.
Data ini membantu pihak MCMC mengenal pasti kawasan liputan lemah, kesesakan rangkaian serta isu kualiti perkhidmatan dengan lebih tepat.
Topic Berkaitan
#MCMC Nexus
#kelajuan internet
#Timbalan Menteri Komunikasi
#Teo Nie Ching
#prestasi rangkaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan