awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC panggil pengurusan META bincang isu penipuan dalam talian

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2023
15:47 MYT
MCMC panggil pengurusan META bincang isu penipuan dalam talian
Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berucap pada Majlis Raya Fluencer 2023 bersama Pengguna Media Sosial di Muzium Telekom hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal memanggil pengurusan platform META bagi membincangkan isu penipuan dalam talian yang dilihat masih berleluasa sehingga kini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap isu ini dan berhasrat untuk memerangi isu scammer dalam masa terdekat.
“Kita akan jemput pihak META untuk bertemu dengan MCMC dan cuba memahami kenapa pihak META begitu lambat ataupun lembap dalam mengenal pasti scam (penipuan) yang berlaku.
“Sebelum ini kita lihat scam tentang pencuci rumah, ataupun ada scam yang lain melibatkan scam jualan kereta ataupun barang-barang seperti itu dan seakan-akan tiada respon daripada pihak META.
"Ini sebab kenapa saya mengarahkan pengerusi MCMC untuk mengambil pihak META,” katanya kepada media Ketika ditemui di Program Ramah Mesra Bersama pengguna media sosial di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau melihat kewajaran agar penyedia platform media sosial untuk membuka pejabat di negara ini bagi memantau rapat masalah berkaitan penipuan dalam talian.
“Mungkin ada keperluan untuk kita teliti kewajaran penyedia perkhidmatan platform media sosial ini untuk berpengkalan di Malaysia.
"Sekarang ni mereka menyediakan perkhidmatan tapi mereka tidak ada pengkalan atau pejabat di Malaysia. Ini sedikit menyukarkan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#penipuan dalam talian
#MCMC
#scammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan