awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC panggil pentadbir kumpulan FB sebar komentar berunsur perkauman

Bernama
Bernama
02/04/2025
14:58 MYT
MCMC panggil pentadbir kumpulan FB sebar komentar berunsur perkauman
MCMC memaklumkan sesi rakaman percakapan ke atas dua individu berkenaan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya pada 9 malam, 27 Mac lepas selepas menerima aduan daripada orang ramai. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan dua pentadbir utama sebuah kumpulan Facebook yang dijadikan platform penyebaran maklumat serta komentar dipercayai boleh membangkitkan ketegangan kaum dan agama seterusnya mencetuskan ketidaktenteraman awam.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sesi rakaman percakapan ke atas dua individu berkenaan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya pada 9 malam, 27 Mac lepas selepas menerima aduan daripada orang ramai.
"Sebuah telefon bimbit dan kad SIM disita bagi tujuan pembuktian kes," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda hingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selain itu, MCMC memaklumkan suruhanjaya berkenaan telah mengemukakan 110 permohonan kepada Meta bagi menurunkan kandungan bersifat perkauman dalam kumpulan Facebook tersebut.
"Daripada 110 permohonan yang dikemukakan, Facebook mendapati bahawa 106 kandungan telah melanggar Piawaian Komuniti Facebook dan diturunkan," menurut kenyataan itu.
MCMC menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk memuat naik sebarang kandungan yang boleh mencetuskan kebencian terhadap mana-mana kaum atau agama.
"Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#MCMC
#Meta
#ketegangan kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan