awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Sabah berhadapan cabaran bekalan tenaga - TPM Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC siasat 17 individu berkait maklumat palsu bahan api, tarif elektrik

Astro AWANI
Astro AWANI
03/04/2026
01:20 MYT
MCMC siasat 17 individu berkait maklumat palsu bahan api, tarif elektrik
Rakaman percakapan lapan suspek telah selesai, termasuk lima kes berkaitan hantaran palsu mengenai kenaikan harga bahan api. - Foto MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik yang tular di media sosial.
MCMC berkata, sehingga kini, rakaman percakapan lapan suspek telah selesai, termasuk lima kes berkaitan hantaran palsu mengenai kenaikan harga bahan api.
"Daripada lima kes itu, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini, manakala baki dua lagi telah selesai dirakam pada Khamis.
"Terdapat juga tiga kes berkaitan tarif baharu elektrik.
"Sementara itu, sembilan lagi suspek masih dalam pemantauan dan dijangka dipanggil untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
MCMC berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
MCMC menegaskan bahawa penyalahgunaan platform media sosial untuk mengelirukan orang ramai adalah serius.
"Penyebaran maklumat palsu boleh menimbulkan panik dan kegelisahan dalam kalangan pengguna.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati melanggar undang-undang," ujarnya.
Topic Berkaitan
#tarif elektrik
#harga bahan api
#MCMC
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan