awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media arus perdana perlu kekal kredibiliti - KSN

Bernama
Bernama
09/11/2012
01:23 MYT
Media arus perdana perlu kekal kredibiliti - KSN
Media arus perdana perlu mengekalkan kredibiliti mereka supaya menjadi rujukan yang diyakini rakyat sepanjang masa, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata ungkapan 'mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang' jelas menunjukkan bahawa media amat berpengaruh dalam kehidupan harian masyarakat.
Justeru, pihak media perlu menceritakan perkara yang benar seperti diamalkan selalu dengan prinsip neutraliti dan tidak dipengaruhi sentimen mana-mana pihak.
"Perkara ini penting kerana dalam ledakan media baharu, portal dan sebagainya, banyak berita ditokok tambah serta tohmahan, tuduhan dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Media di sini Khamis malam.
Ali berkata hubungan yang terjalin antara media dan kerajaan membolehkan pihaknya berkongsi pengetahuan serta kepakaran dengan sektor swasta dan sebaliknya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan memang serius untuk menarik kaum bukan Melayu menyertai sektor perkhidmatan awam.
Beliau berkata usaha kerajaan, termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), telah menunjukkan peningkatan jumlah permohonan bukan Melayu sebanyak 5.6 peratus bagi tempoh Jun-Ogos berbanding hanya dua peratus bagi Januari-Mei, daripada 1.2 juta permohonan yang diterima.
Ali berkata setakat ini, lebih 80 peratus penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera lain diikuti Cina, India dan lain-lain.
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#arus perdana
#KSN
#Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan