awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media digesa terus sokong industri pelancongan perubatan negara - Khairy

Bernama
Bernama
09/12/2021
20:14 MYT
Media digesa terus sokong industri pelancongan perubatan negara - Khairy
Khairy mengulangi bahawa media memainkan peranan besar dalam mendidik orang awam mengenai kepentingan mematuhi SOP dan keperluan vaksinasi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggesa media untuk terus menyokong industri pelancongan perubatan Malaysia khususnya dalam pembukaan semula sempadan yang selamat untuk perjalanan.
Beliau berkata media memainkan peranan penting dalam mempamerkan keteguhan dan dedikasi petugas barisan hadapan semasa waktu sukar ketika komuniti global memerangi pandemik COVID-19.
"Sejak dua tahun lepas ketika sempadan ditutup yang memisahkan kita, kewartawanan cemerlang anda menunjukkan kepada dunia komitmen Malaysia untuk menegakkan dasar berpaksikan rakyat dan amalan terbaik dalam memastikan penjagaan kesihatan kekal sebagai hak dan bukan keistimewaan," katanya.
Khairy berkata demikian dalam ucapannya pada Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2021 yang diadakan secara maya malam tadi.
Beliau juga mengulangi bahawa media memainkan peranan besar dalam mendidik orang awam mengenai kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan keperluan vaksinasi menerusi penulisan bermaklumat dan tepat pada masanya.
Khairy berkata media menjadi petugas barisan hadapan dalam menyebarkan harapan melalui cerita yang ditulis mereka.
MTMA yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dalam kewartawanan media tempatan dan antarabangsa serta pempengaruh (influencer) yang berkongsi cerita mempromosikan pelancongan perubatan di Malaysia.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meneruskan kemenangannya untuk tahun kedua berturut-turut apabila dinobatkan sebagai Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik (Malaysia) dan menerima trofi serta hadiah wang tunai RM10,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Media
#industri pelancongan perubatan
#Khairy Jamaluddin
#pembukaan semula sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan