awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEF cadang pekerja asing bayar levi sendiri

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2013
02:22 MYT
MEF cadang pekerja asing bayar levi sendiri
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan agar levi pekerja asing kembali dibayar oleh pekerja dan bukannya majikan.
Saranan itu dibuat ekoran peningkatan kos yang tinggi akibat pelaksanaan gaji minimum di negara ini.
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan dalam satu kenyataannya memaklumkan, langkah mencadangkan pekerja asing membayar sendiri levi mampu memberi kelegaan kepada majikan yang terpaksa membelanjakan sebanyak RM8.4 bilion setiap tahun untuk melaksanakan dasar gaji minimum.
Buat masa ini, tegas Shamsudin, majikan dikehendaki membayar tambahan kos untuk tempat tinggal, pengangkutan dan menyediakan kemudahan percuma seperti air dan elektrik sekaligus menjadikan pekerja asing memperoleh faedah yang lebih banyak berbanding pekerja tempatan.
Beliau menjelaskan, MEF dalam beberapa siri perbincangan ini telah mengingatkan Menteri Sumber Manusia bahawa dasar gaji minimum akan menimbulkan ketidakseimbangan dari segi pendapatan antara pekerja tempatan dan asing.
Sehubungan itu, ujarnya, MEF berharap kerajaan akan menimbangkan cadangan yang dikemukakan ini secara serius dan bertindak pada kadar segera bagi mengelak majikan daripada berhadapan kesulitan.
Topic Berkaitan
#levi
#MEF
#pekerja asing
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
#Shamsuddin Bardan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan