awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik didakwa rogol gadis bawah umur

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/08/2020
06:02 MYT
Mekanik didakwa rogol gadis bawah umur
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di atas tilam dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Permatang Sungai Dua, di sini pada jam 2.30 pagi 8 Ogos lepas. - Foto Astro AWANI
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian pada 8 Ogos lepas.
Tertuduh Muhammad Amar Zahid Noor Azhar, 19, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Noorhayati Mohamad Yunus.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di atas tilam dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Permatang Sungai Dua, di sini pada jam 2.30 pagi 8 Ogos lepas.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan untuk kesalahan tersebut.
Tertuduh diiringi anggota polis ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan merogol gadis bawah umur pada 8 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI
Tertuduh diiringi anggota polis ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan merogol gadis bawah umur pada 8 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Lim Saw Sim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes disebut semula pada 23 September sementara menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.
Topic Berkaitan
#DNA
#Mahkamah Sesyen
#Mahkamah Sesyen Butterworth
#mekanik
#remaja
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan