awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut rempuh belakang treler

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/01/2023
01:00 MYT
Mekanik maut rempuh belakang treler
Mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar tayar belakang sebuah lori treler di Kilometer 81.5 Lebuh Raya Utara Selatan, malam Khamis.
Mangsa, Muhd Danial Mohd Suhairy, 20, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Yamaha Y15 baru keluar dari susur kawasan rehat dan rawat (RnR) Gurun.
“Mangsa ketika itu bergerak laju tidak nampak lori yang sedang bergerak di hadapannya, gagal mengelak lalu melanggar bahagian tayar kiri lori treler.
“Akibat pelanggaran itu mangsa terpelanting dan jatuh di atas jalan lalu maut di serta merta selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaidy berkata, siasatan awal polis mendapati motosikal ditunggangi mangsa dalam keadaan laju sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu melanggar bahagian tayar belakang kiri lori treler.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen di bawah 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#rempuh
#lori treler
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan