awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka cadang wujud Jelapang Padi Selatan

Bernama
Bernama
06/03/2024
20:00 MYT
Melaka cadang wujud Jelapang Padi Selatan
Menurut Dr Muhamad Akmal, Jelapang Padi Selatan akan melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. - Gambar fail/Astro AWANI
MELAKA: Kerajaan Melaka akan mengemukakan cadangan untuk mewujudkan kawasan Jelapang Padi Selatan kepada kerajaan Persekutuan bagi menjamin bekalan padi negara pada masa depan.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Jelapang Padi Selatan itu akan melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
"Untuk mewujudkan kawasan Jelapang Padi Selatan memerlukan minimum 5,000 hektar, tapi Melaka sahaja tak cukup, sebab itu kena libatkan Negeri Sembilan dan Johor.
"Kalau Negeri Sembilan dan Johor setuju, kita akan gabung untuk dijadikan sebagai Jelapang Padi Selatan kerana ia memberi banyak kelebihan seperti peruntukan-peruntukan tertentu daripada kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal berkata, kerajaan negeri juga sedang melakukan kajian bagi mewartakan tanah sawah untuk kelangsungan bekalan padi di negeri itu.
Beliau berkata, berdasarkan data tanah sawah di Melaka adalah seluas 1,395 hektar namun sebahagiannya telah dibangunkan untuk perumahan dan lain-lain.
"Kalau kita tak buat perkara ini (pewartaan tanah sawah), 10 tahun akan datang kita akan hadapi masalah kemerosotan padi, (pewartaan) akan beri jaminan untuk keterjaminan makanan di Melaka.
"Ketika ini, kebanyakan tanah sawah di Melaka terletak di Jasin dan Alor Gajah," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#Melaka
#Jelapang Padi Selatan
#Muhamad Akmal Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan