awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka catat cubaan rentas negeri tertinggi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/05/2020
06:36 MYT
Melaka catat cubaan rentas negeri tertinggi
Sebanyak 886 kenderaan negeri di Melaka diikuti Perak 362 kenderaan dan 284 kenderaan di Pulau Pinang yang cuba merentas negeri pada Khamis. - Foto BERNAMA
Melaka merekodkan jumlah kenderaan tertinggi yang cuba merentas negeri pada Khamis dengan jumlah kenderaan sebanyak 886 buah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri lain yang mengikuti Melaka ialah Perak (362 kenderaan) dan Pulau Pinang (284 kenderaan).
“Pihak polis juga telah mengenakan 154 Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan memeriksa 264,280 kenderaan.
“Semalam juga, sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
Beliau pada masa sama memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengekang pergerakan rentas negeri termasuk menambah SJR di tempat-tempat tertentu.
Mengulas berkenaan tindakan kerajaan negeri Johor yang tidak menggalakkan pergerakan rakyat termasuk merentas daerah, Ismail Sabri berkata, ia seiring cadangan yang dikemukakan kerajaan Pusat dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Topic Berkaitan
#cubaan rentas negeri
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#PDRM
#rentas negeri
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan