awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melawan COVID-19: Perkuat sistem imun tubuh dengan gaya hidup sihat

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2021
01:19 MYT
Melawan COVID-19: Perkuat sistem imun tubuh dengan gaya hidup sihat
HISHAMSHAH: Sementara menunggu dos kedua, harus lebih berhati-hati, janganlah keluar rumah, melainkan untuk hal-hal penting. - Foto Facebook JKJAV
KUALA LUMPUR: Varian Delta COVID-19 mempunyai keupayaan menjangkiti yang lebih tinggi, walaupun terhadap mereka yang sudah disuntik dua dos vaksin.
Namun, jelas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (Kkm), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, sistem pendinding diri boleh diperkuatkan lagi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Ia merangkumi pemakanan yang berkhasiat, pengurusan tekanan yang baik dengan melakukan aktiviti fizikal dan mental yang aktif sebagai antara contoh.
Jelasnya, kekuatan sistem imun tubuh tidak boleh bergantung kepada vaksin semata-mata.
"Jadi, mereka yang mendapat vaksin pertama, kita harap mereka akan dapatkan vaksin kedua dengan segera mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
"Sebabnya, varian baru Delta ini, sekiranya mereka menerima satu dos saja, kebolehan untuk mencegah jangkitan yang serius ini hanya lebih kurang 30 peratus saja.
"Tetapi, selepas lebih kurang dua tiga minggu selepas dos kedua, ia dapat melindungi lebih daripada 65 peratus untuk AstraZeneca dan 75 peratus atau lebih, kalau Pfizer.
"Kebolehan untuk mencegah daripada infeksi yang serius adalah lebih tinggi selepas menerima dos kedua.
"Jadi, sementara menunggu dos yang kedua, mereka harus lebih berhati-hati. Maksudnya, janganlah kita keluar rumah, melainkan untuk hal-hal penting. Dan kita kena sentiasa berwaspada," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Agenda AWANI pada Isnin.
Katanya, beliau risau melihat perkembangan di negara luar yang berasa sudah kebal selepas lengkap menerima dua dos.
"Apabila mereka sudah dapat dua dos, mereka rasa sudah kebal. Jadi, mereka keluar dan tidak mengendahkan lagi pengawalan kendiri yang tinggi.
"Di negara-negara ini terjadi peningkatan kes terhadap mereka yang telah menerima vaksin. Jadi, kita tak mahu perkara yang sama berlaku di negara kita," katanya.
Walau sudah divaksin, perkuat lagi diri dengan gaya hidup sihat - Dr Hishamshah
Topic Berkaitan
#Hishamshah Mohd Ibrahim
#jangkitan
#dos kedua
#COVID-19
#ICU
#vaksin
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan