awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara Jam Taiping berwajah baharu, jadi Pusat Interpretasi Pelawat

Bernama
Bernama
30/03/2026
09:36 MYT
Menara Jam Taiping berwajah baharu, jadi Pusat Interpretasi Pelawat
Menara Jam Taiping yang berusia 145 tahun kini berwajah baharu dengan  menggabungkan elemen sejarah dan teknologi selepas melalui fasa baik pulih sekali gus dijadikan sebagai Pusat Interpretasi Pelawat. - Foto BERNAMA
Menara Jam Taiping yang berusia 145 tahun kini berwajah baharu dengan menggabungkan elemen sejarah dan teknologi selepas melalui fasa baik pulih sekali gus dijadikan sebagai Pusat Interpretasi Pelawat.
Menara jam di Jalan Kota dan pernah dikenali sebagai The Fort itu menjadi mercu tanda ikonik bandar Taiping.
Struktur asal menara jam itu dibina pada 1881 menggunakan kayu dan dibina semula pada 1891 dengan menggunakan batu bata, serta pernah digunakan sebagai Town Police Station dan balai bomba.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee berkata projek baik pulih itu melibatkan kos RM400,000 yang disediakan Kementerian Kewangan serta dana daripada pelbagai pihak.
Loh berkata antara tarikan utama di pusat interpretasi itu ialah model tiga dimensi (3D) Bandar Taiping dengan gambaran visual yang jelas mengenai susun atur bandar warisan.
“Selain itu, terdapat Pusat Multimedia yang menayangkan dokumentari naratif budaya dan warisan Taiping serta galeri khusus yang memaparkan sejarah pembentukan Taiping serta perincian jejak pelancongan terbaharu.
“Ini langkah dan usaha yang baik daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Perbandaran Taiping dan Persatuan Warisan Taiping. Jadi, kita berharap ia menjadi lokasi lebih ramai pelancong mendapat informasi,” katanya selepas perasmian menara itu hari ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Warisan Taiping Liew Suet Fun berkata tumpuan mereka ialah meningkatkan kualiti naratif yang perlu diterjemahkan kepada pengunjung.
“Saya percaya aspek yang paling penting ialah kualiti penceritaan. Pengubahsuaian menara ini mengetengahkan warisan semula jadi dan budaya Taiping, menjadikannya tempat ideal berkongsi maklumat,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menara Jam Taiping
#berwajah baharu
#Pusat Interpretasi Pelawat
#The Fort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan