awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat lagi lelaki disyaki khianat, ugut Zamri Vinoth
Pensyarah UniSZA ditemukan meninggal dunia di rumah sewa
Dewan Negara lulus RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mengapa sekadar gantung? Pecat sahaja' - Ronald Kiandee

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2026
08:30 MYT
'Mengapa sekadar gantung? Pecat sahaja' - Ronald Kiandee
Ronald mendedahkan beliau hanya digantung keahlian parti selama dua penggal atau enam tahun berkuat kuasa Selasa kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee mencabar Lembaga Disiplin parti itu untuk memecatnya jika beliau benar-benar bersalah.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ronald mendedahkan beliau hanya digantung keahlian parti selama dua penggal atau enam tahun berkuat kuasa Selasa kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
"Mengapa sekadar digantung? Jika benar bersalah, pecat sahaja. Saya telah menganjurkan program RESET dan juga hadir bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok," katanya.

Ahli Parlimen Beluran itu mendakwa keputusan itu menguatkan lagi persepsi bahawa Lembaga Disiplin parti kini digunakan sebagai alat politik untuk melindungi Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok kecil di sekelilingnya.
"Apatah lagi lembaga ini dipengerusikan oleh individu yang mempunyai hubungan keluarga dengan kepimpinan tertinggi parti," ujar beliau.
Jelas Ronald, sejak dua tahun kebelakangan ini, hala tuju parti semakin jelas tersasar apabila segala tindakan seolah-olah tertumpu kepada satu matlamat mengangkat Muhyiddin sebagai 'poster boy' dan calon Perdana Menteri ke-11.
Tambahnya, sesiapa yang dilihat berpotensi menjadi penghalang kepada agenda ini akan disingkirkan dengan lembaga disiplin dijadikan alat paling ampuh untuk melaksanakan tindakan tersebut.
Dakwanya lagi, tindakan sama pernah dikenakan terhadap beberapa pemimpin parti sebelum ini termasuk Hamzah yang akhirnya menyebabkan Bersatu hanya tinggal mereka yang sentiasa berkata “ya” kepada presiden.
"Wujud puak 'ya presiden' ini kerana sebahagian mereka dilantik oleh Presiden, maka mereka perlu setia. Sebahagian lagi kalah dalam pemilihan tetapi dimenangkan oleh Presiden, mereka juga perlu setia. Sebahagian lagi dijanjikan watikah calon, maka kesetiaan menjadi wajib," katanya.
Tambah Ronald, penyertaan beliau ke dalam parti itu kerana percaya ia adalah wadah perjuangan, bukan alat untuk memenuhi cita-cita politik individu.
"Namun apa yang kita lihat hari ini amat jauh daripada semangat tersebut. Saya tidak akan merayu. Anggap sahaja tempoh rayuan ini telah tamat," tegasnya.
Dalam hantaran sama, Ronald turut memuat naik surat penggantungan keahlian yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Ronald Kiandee
#Mas Ermieyati
#Hamzah Zainudin
#Muhyiddin Yassin
#tindakan disiplin parti
#Politik Malaysia
#RESET movement
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan