awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Mustapha Kamal: Arwah sokong usaha MPI bangunkan kewartawanan - Chamil Wariya

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2022
05:53 MYT
Mengenang Mustapha Kamal: Arwah sokong usaha MPI bangunkan kewartawanan - Chamil Wariya
Chamil berkata, Allahyarham telah menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sewaktu MPI membeli tiga unit ruang pejabat di Radius Business Park Cyberjaya, yang dibangunkan Emkay. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengasas pemaju hartanah Emkay, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal, merupakan individu yang sangat menghargai peranan media dalam perniagaannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI) Datuk Chamil Wariya.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Chamil berkata, Allahyarham telah menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sewaktu MPI membeli tiga unit ruang pejabat di Radius Business Park Cyberjaya, yang dibangunkan Emkay.
Tidak cukup dengan itu, Chamil berkata, Mustapha juga meraikan Lembaga Pemegang Amanah MPI dalam satu majlis makan tengah hari di pejabat beliau di Damansara Perdana, dan istimewanya, hidangan hari itu disediakan oleh isterinya sendiri, Puan Sri Wan Nong Wan Ibrahim.
“Beliau memberitahu diskaun istimewa diberikan terhadap pembelian MPI bagi membolehkan MPI terus mengadakan latihan membangunkan modal insan kewartawanan.
“Kata beliau – “inilah caranya saya dapat membalas jasa para wartawan dan organisasi media yang selama ini menyokong perniagaan saya dari segi publisiti,” imbas Chamil melalui catatan tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Pengasas syarikat hartanah, MK Land itu meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.
Allahyarham yang berusia 73 tahun dilaporkan dimasukkan ke IJN tiga hari lalu selepas mengadu mengalami sakit dada.
Selain Wan Nong, beliau meninggalkan tiga anak perempuan Felina, Datuk Fazwirnna dan Farah Mahami serta seorang anak lelaki Ahmad Khalif dan 15 cucu.
Topic Berkaitan
#Mustapha Kamal Abu Bakar
#meninggal dunia
#chamil wariya
#MK land
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan