awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Penghormatan terakhir diawal jam 10 pagi - KJ

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/04/2025
02:00 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Penghormatan terakhir diawal jam 10 pagi - KJ
Jenazah Allahyarham Abdullah tiba di Masjid Negara sekitar pukul 8.30 pagi ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin melakukan penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh berbuat demikian seawall jam 10 pagi ini di Dewan Solat Masjid Negara, di sini.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh bekas Menteri Kesihatan yang juga menantu kepada Allahyarham, Khairy Jamaluddin dalam sidang media sebentar tadi.
Menurut Khairy, jenazah Allahyarham bapa mertuanya telah selesai dimandi dan dikafankan oleh pihak pengurusan Masjid Negara.
“Walaupun pada semalam kita umumkan orang ramai, sahabat handai, rakyat Malaysia dan saudara mara yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Tun (Abdullah) boleh datang pada pukul 11 pagi, (tetapi) oleh kerana pihak Masjid Negara dan keluarga sudah bersedia, kita buka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi,” katanya kepada pemberita.
Jelas Khairy lagi, jenazah Allahyarham Abdullah tiba di Masjid Negara sekitar pukul 8.30 pagi.
Semalam, kerajaan memutuskan Allahyarham Abdullah diberi penghormatan 'Istiadat Pengebumian Negara.'
Jenazah Perdana Menteri kelima itu akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebaik selesai solat Zohor hari ini.
Menurut Kenyataan Jabatan Perdana Menteri, semua bangunan dalam jarak radius dua kilometer dari Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang hingga selesai Istiadat Pengebumian.
Allahyarham Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Pak Lah meninggal dunia
#Pengebumian Negara
#makam pahlawan
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan