awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2022
03:30 MYT
Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Mangsa meninggal dunia selepas rebah di bilik hotel dipercayai akibat sakit jantung. - Foto Sinar Harian. Gambar kecil: Shaharuddin Abd Manan
SEREMBAN: Majlis Persidangan Perwakilan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sembilan kali ke-68 yang berlangsung di sebuah hotel di sini dikejutkan dengan kematian seorang ahlinya di bilik hotel berkenaan pada Isnin.
Shaharuddin Abd Manan, 62, didapati meninggal dunia selepas rebah di biliknya kira-kira jam 4.30 petang.
Yang Dipertua PVATM Negeri Sembilan, Adnan Ahmad berkata, Allahyarham yang merupakan seorang duda sememangnya mempunyai penyakit jantung.
"Pagi semalam (Isnin) saya ada terserempak dengan arwah ketika sarapan pagi dan apabila saya cuba berbual dengannya, dia tiba-tiba memegang dadanya.
"Saya tahu dia ada sakit jantung, tapi selepas itu keadaannya baik saja dan arwah sempat berpesan kepada saya supaya letakkan namanya untuk sertai perbarisan PVTM nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Bagaimanapun katanya, Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.
Ujarnya, Allahyarham sebelum itu sempat makan ubat.
"Kejadian ini sangat mengejutkan kami kerana ia berlangsung ketika persidangan. Jenazahnya telah dibawa pulang ke tempat tinggalnya di Kota, Rembau untuk dikebumikan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan menerima laporan kematian mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ATM
#veteran
#Shaharuddin Abd Manan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan