awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi dunia berisiko ke ambang kemelesetan akibat konflik Iran – IMF
Ops Serkap: JIM tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen pekerja asing, kaut untung RM100 juta
Persiapan haji 1447H/2026M lancar, keselamatan jemaah terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan

Bernama
Bernama
15/04/2026
00:41 MYT
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
Perayaan Vishu menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Malayalam, tetapi turut membawa simbol harapan, kesejahteraan dan permulaan yang lebih baik. - Foto BERNAMA
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Digital Gobind Singh Deo hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vishu kepada seluruh masyarakat Malayalee di Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook, Aaron berkata setiap komuniti memainkan peranan penting dalam membina sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni, sambil menyeru agar semangat kejiranan yang menjadi teras masyarakat Malaysia sejak dahulu, dihidupkan kembali.
“Dalam dunia yang semakin pantas dan individualistik, nilai menyapa jiran, saling mengambil berat, berkongsi rezeki serta meraikan perayaan bersama tanpa mengira latar belakang, perlu diperkasakan semula.
“Semangat kejiranan merupakan benteng sosial yang mampu mencegah perpecahan, merapatkan jurang antara komuniti, dan menyemai rasa kekitaan yang tulen,” katanya.
Aaron berkata perayaan Vishu menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Malayalam, tetapi turut membawa simbol harapan, kesejahteraan dan permulaan yang lebih baik.
“Dalam kepelbagaian budaya yang kita miliki, setiap perayaan seperti Vishu menjadi jambatan yang menghubungkan kita sebagai satu keluarga besar Malaysia,” kata Aaron.
Gobind pula mengarapkan agar masyarakat Malayalee dikurniakan lembaran baharu yang sarat dengan peluang, harapan baharu, serta kegembiraan, kasih sayang, dan kesejahteraan.
“Kepada semua yang menyambut Vishu, selamat menyambut hari yang mulia ini,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#Gobind Singh Deo
#Hari Vishu
#Malayalee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan