awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Arab Saudi, Turkiye, Mesir dan Pakistan bincang perang Asia Barat

Bernama
Bernama
28/03/2026
13:23 MYT
Menteri Luar Arab Saudi, Turkiye, Mesir dan Pakistan bincang perang Asia Barat
Pertemuan itu bertujuan mengadakan "perbincangan mendalam mengenai pelbagai isu, termasuk usaha untuk meredakan ketegangan di rantau berkenaan."
Menteri-menteri luar dari Arab Saudi, Turkiye dan Mesir akan mengadakan lawatan ke Islamabad bagi membincangkan usaha meredakan ketegangan susulan perang berterusan antara Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran.
Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Badr Abdelatty dari Mesir, Putera Faisal Bin Farhan Al Saud dari Arab Saudi dan Hakan Fidan dari Turkiye akan menyertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar di Islamabad pada Ahad dan Isnin.
Pertemuan itu bertujuan mengadakan "perbincangan mendalam mengenai pelbagai isu, termasuk usaha untuk meredakan ketegangan di rantau berkenaan."
Mereka yang dalam rangka lawatan itu dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang telah mengadakan perbualan telefon selama sejam dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Sabtu.
Semasa panggilan itu, Shehbaz memaklumkan pemimpin Iran itu mengenai "usaha diplomatik berterusan Pakistan - dengan melibatkan Amerika Syarikat serta negara-negara Teluk dan Islam yang bersaudara - bagi memudahkan dialog dan meredakan ketegangan."
Perang di Asia Barat kini mencetuskan kebimbangan mengenai konflik global yang lebih luas dan mungkin mengheret lebih banyak pihak.
“Jika tiada jalan penyelesaian ditemukan dalam tempoh seminggu akan datang, sejarah akan mencatatkan konflik Asia Barat ini sebagai Perang Dunia Ketiga,” tulis bekas penasihat keselamatan kebangsaan Pakistan, Moeed Yusuf menerusi platform X pada Sabtu.
Beliau berkata: "Tidak lama lagi, ia akan menyerupai konflik global dari segi jumlah negara yang terlibat, keamatan keganasan, dan penyebaran kesan malapetaka yang amat dahsyat. Pihak yang berkemampuan mesti menghalang perkara ini daripada berlaku."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Shehbaz Sharif
#Asia Barat
#Iran
#Israel
#Masoud Pezeshkian
#Turkiye
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan