awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Iran sahkan 130 kru atas kapal yang diserang AS

Bernama
Bernama
05/03/2026
09:18 MYT
Menteri Luar Iran sahkan 130 kru atas kapal yang diserang AS
Setakat ini sekurang-kurangnya 87 anak kapal disahkan maut selepas kapal IRIS Dena diserang torpedo AS berhampiran negara pulau Asia Selatan, Sri Lanka pada Rabu. - Gambar/ Reuters

Menteri Luar Iran pada Khamis berkata seramai 130 anak kapal berada di atas kapal perang Iran yang diserang Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, di luar pantai Sri Lanka, lapor Anadolu Ajansi.

“AS melakukan kekejaman di laut, 2,000 batu dari pantai Iran. Frigat IRIS Dena, yang menjadi tetamu Tentera Laut India dengan membawa hampir 130 anak kapal diserang di perairan antarabangsa tanpa amaran,” kata Menteri Luar Seyed Abbas Araghchi di platform media sosial X.
"Ingat kata-kata saya: AS akan menyesal dengan tindakan yang telah mereka mulakan ini," beliau memberi amaran.
Setakat ini sekurang-kurangnya 87 anak kapal disahkan maut selepas kapal IRIS Dena diserang torpedo AS berhampiran negara pulau Asia Selatan, Sri Lanka pada Rabu.
Pihak berkuasa Sri Lanka mengesahkan, 32 anak kapal itu cedera dan sedang menerima rawatan di Karapitiya Teaching Hospital di Galle.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di perairan luar bandar selatan Galle bagi mengesan anak kapal yang masih hilang.
Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth mengesahkan bahawa tentera AS menyerang kapal perang Iran itu, yang sebelum ini menyertai latihan tentera laut di luar pesisir India bulan lalu.
IRIS Dena adalah frigat kelas Moudge yang berkhidmat dalam Armada Selatan Tentera Laut Iran.
Sebelum serangan itu, kapal perang itu menyertai latihan tentera laut pelbagai negara MILAN 2026 serta perarakan armada yang diadakan di Teluk Bengal. Ia sedang dalam perjalanan pulang.
Serangan berlaku ketika Israel dan AS meneruskan serangan berskala besar terhadap Iran sejak Sabtu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 926 orang termasuk Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei serta pegawai tertinggi tentera.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Seorang menteri Sri Lanka pada Khamis berkata sebuah lagi kapal Iran kini berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Sri Lanka, menurut laporan Daily Mirror Sri Lanka.
“Mengenai perkara itu, kerajaan sedia maklum. Kami sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan isu itu, mengehadkan sebarang ancaman terhadap nyawa serta memastikan keselamatan serantau,” kata Menteri Kesihatan Sri Lanka Nalinda Jayatissa di Parlimen ketika menjawab soalan ketua pembangkang mengenai kehadiran sebuah lagi kapal Iran.
Beliau berkata kapal itu tidak berada dalam perairan wilayah Sri Lanka, tetapi “berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif” dan kerajaan mengambil langkah maksimum bagi memastikan keselamatan nyawa.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#kapal perang Iran
#kapal selam AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan