awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Malaysia-Thailand pengerusi mesyuarat kerjasama, pembangunan sempadan

Bernama
Bernama
06/08/2024
21:45 MYT
Menteri Luar Malaysia-Thailand pengerusi mesyuarat kerjasama, pembangunan sempadan
Kedua-dua menteri membincangkan kemajuan kerjasama dua hala, termasuk hal ehwal politik dan keselamatan.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Thailand, Maris Sangiampongsa, mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang ke-15 untuk Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat ke-6 Strategi Pembangunan Bersama untuk Kawasan Sempadan antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur pada Selasa.
Kementerian Luar Negeri Malaysia, dalam laman Facebook rasminya, berkata kedua-dua menteri membincangkan kemajuan kerjasama dua hala, termasuk hal ehwal politik dan keselamatan, hubungan ekonomi, pelancongan, sosial dan budaya serta kesalinghubungan di kawasan sempadan.
Kedua-dua pihak juga menyentuh isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Kedua-dua menteri juga berbincang dan menyusul hasil-hasil perbincangan di antara kedua-dua pemimpin, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin semasa mesyuarat di Rantau Panjang dan Sungai Golok pada 3 Ogos, menurut hantaran itu.
Lawatan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara dan mengulangi komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama yang memberi faedah bersama kedua-dua negara berjiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Maris Sangiampongsa
#Mesyuarat Suruhanjaya Bersama
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan