awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menyamar sebagai penumpang agar pemandu bas berwaspada - JPJ

Bernama
Bernama
20/04/2023
04:24 MYT
Menyamar sebagai penumpang agar pemandu bas berwaspada - JPJ
Penyamaran dibuat secara rawak supaya pemandu bas berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan bagi mengelakkan sebarang kemalangan pada musim perayaan.- Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas terutamanya yang menuju ke destinasi jauh serta mengambil masa perjalanan yang panjang sempena Op Bersepadu yang bermula 19 hingga 27 April ini.
Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata penyamaran ini dibuat secara rawak supaya pemandu bas di Sarawak berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan bagi mengelakkan sebarang kemalangan pada musim perayaan.
"Berdasarkan penyamaran yang kita buat tahun lepas, JPJ ada mengeluarkan beberapa saman namun atas kesalahan yang tidak kritikal seperti merokok sahaja.
"Selain itu, orang awam juga boleh membuat aduan kepada JPJ sekiranya pemandu bas memandu dalam keadaan yang membahayakan supaya boleh diambil tindakan," katanya selepas melakukan pemeriksaan mengejut di Terminal Bas Kuching Sentral di sini, hari ini.
Norizan berkata hari ini JPJ Sarawak menjalankan pemeriksaan serentak di seluruh terminal bas utama seperti Sibu dan Miri yang turut disertai oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membantu melaksanakan sesi saringan ujian air kencing terhadap kesemua pemandu bas.
Selain itu, katanya JPJ turut melakukan sekatan jalan raya di 52 lokasi kerap mengalami kemalangan dan akan menjalankan pemeriksaan terhadap pembonceng motosikal memandangkan kes kemalangan maut melibatkan motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#menyamar penumpang
#op bersepadu
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan