awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meriam air hampir diguna selepas penyokong Anwar enggan bersurai

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
10/02/2015
07:33 MYT
Meriam air hampir diguna selepas penyokong Anwar enggan bersurai
Kumpulan penyokong mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan.- Astro AWANI / Hamzah Hamid
Sekumpulan 500 orang dipercayai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersurai dan menghalang laluan keluar kompleks Istana Kehakiman di sini hampir ditembak dengan meriam air oleh anggota polis Unit Simpanan Persekutuan, FRU.
Sejak berita keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat, kumpulan penyokong berkenaan telah beralih ke bahagian belakang kompleks mahkamah untuk berhimpun.
Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) cuba memasuki kawasan mahkamah.
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang. Astro AWANI / Hamzah Hamid
Setelah provokasi berlangsung sehingga jam 3 petang tadi dan beberapa loceng amaran dibunyikan, pasukan anggota FRU berbaris keluar untuk menyuraikan halangan manusia.
Beberapa objek seperti botol air, kon plastik dan batu turut dilihat dilontarkan kepada pihak berkuasa namun individu yang bertindak sedemikian telah diberi amaran oleh penyokong-penyokong PR yang lain.
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi. - Foto Astro AWANI / Hamzah Hamid.
Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi.
Seorang pemimpin perhimpunan PR kemudiannya dilihat telah mengeluarkan arahan kepada para penyokong untuk berkumpul pula di Ibu Pejabat Parti Keadilan di Tropicana, Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#liwat
#Mahkamah Persekutuan
#Putrajaya
#Saiful
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan