awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej tular: MEPS nafi ada ATM bermasalah

Bernama
Bernama
04/04/2018
07:12 MYT
Mesej tular: MEPS nafi ada ATM bermasalah
MEPS nafi dakwaan mesej yang tular bahawa ada ATM yang bermasalah untuk keluarkan wang.-gambar hiasan
Satu penyebaran maklumat yang tular di aplikasi media sosial mendakwa orang ramai tidak dapat mengeluarkan wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dikesan telah berlaku.
Sehubungan itu, MEPS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa rangkaian ATM kendaliannya yang merangkumi 20 bank berfungsi dengan lancar seperti biasa.
Sepanjang enam bulan yang lalu, Rangkaian ATM bersama MEPS seluruh Malaysia telah mencapai 100 peratus ketersediaan dan telah berjaya memproses lebih daripada 142 juta transaksi pengeluaran tunai di ATM.
Dari Oktober 2017 hingga Mac 2018, hanya 0.02 peratus daripda jumlah transaksi pengeluaran tunai menghadapi masalah, yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh isu-isu terpencil di ATM tertentu sahaja.
Sekiranya insiden seperti ini berlaku, pihak bank lazimnya akan membuat pembayaran balik di antara 2 hingga 4 hari bekerja.
Pemegang Kad ATM dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank masing-masing sekiranya terdapat masalah pengeluaran wang tunai di ATM.
Topic Berkaitan
#ATM
#bank
#Malaysia
#Media
#media sosial
#MEPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan