awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesin pengimbas lapangan terbang: Asal berbunyi, semua kena raba - Bung

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/11/2017
05:07 MYT
Mesin pengimbas lapangan terbang: Asal berbunyi, semua kena raba - Bung
Menurut Bung, mesin pengimbas lapangan terbang terlalu sensitif sehingga zip seluar dan butang besi seluar turut menyebabkan mesin itu berbunyi. - Gambar fail/BERNAMA
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan kualiti mesin pengimbas di lapangan terbang negara ini berkualiti amat rendah.
Malah, mesin pengimbas lapangan terbang terlalu sensitif sehingga zip seluar dan butang besi seluar turut menyebabkan mesin itu berbunyi.
Jelasnya, apabila mesin pengimbas tersebut berbunyi, ia memaksa polis bantuan melakukan pemeriksaan badan kepada para penumpang penerbangan.
"Mesin yang kita ada ini sensitivitinya terlalu tinggi. Zip seluar lalu pun bunyi. Ia sepatutnya (berbunyi) untuk benda-benda tajam dan yang tidak diingini tetapi semua asal ada besi, dia bunyi. Selepas ia berbunyi, kena raba la.
"Jika di Eropah mahupun Singapura, mesinnya tidak terlalu sensitif di mana ia hanya sensitif kepada benda-benda yang tidak diingini sahaja. Tetapi di tempat kita ini, kita punya mesin pengimbas ini paling murah dalam dunia sedangkan kos pembinaan lapangan terbang kita berbilion ringgit.
"Di Kemboja walaupun negaranya miskin, lapangan terbangnya macam perkampungan tetapi mesin pengimbasnya kelas pertama. Tidak pernah meraba-raba penumpang. Saya betul-betul sakit hati kena raba ini. Dia kadang-kadang benda sulit kita dia raba, saya kata jangan raba jangan terlampau keras," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan.
Justeru beliau meminta kementerian untuk menambahbaik kualiti mesin pengimbas termasuk mempelajari daripada beberapa negara-negara membangun lain dalam meningkatkan kualiti penyampaian kepada pengguna.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kinabatangan
#kualiti rendah
#lapangan terbang
#mesin pengimbas
#raba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan