awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
To Lam dipilih Presiden Vietnam penggal 2026-2031
Tukang masak mengaku bersalah rogol anak teman wanita
Nenek, cucu saudara maut nahas motosikal dalam perjalanan ke sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir rayu campur tangan segera Trump tamatkan konflik Asia Barat

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
10:56 MYT
Mesir rayu campur tangan segera Trump tamatkan konflik Asia Barat
Abdel Fattah el-Sisi (foto) menegaskan bahawa Washington memegang pengaruh mutlak dan merupakan satu-satunya pihak yang mampu menghentikan konflik tersebut. -Gambar fail/X
Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi, membuat rayuan terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, agar segera menamatkan peperangan di Iran dan rantau Teluk.
Bercakap pada majlis perasmian persidangan tenaga Egypes hari ini, Abdel Fattah el-Sisi menegaskan bahawa Washington memegang pengaruh mutlak dan merupakan satu-satunya pihak yang mampu menghentikan konflik tersebut.
“Saya beritahu Presiden Trump: Tiada siapa boleh hentikan perang di rantau Teluk ini melainkan kamu,” kata Abdel Fattah el-Sisi, di sini, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika Mesir, bersama Pakistan dan Turkiye, sedang giat memainkan peranan sebagai perantara bagi meredakan ketegangan antara Tehran dan Washington yang kini mengancam kestabilan ekonomi global.
Sebagai sekutu rapat AS di Asia Barat, Mesir amat bimbang terhadap kesan peperangan itu, terutamanya gangguan kepada laluan perdagangan di Terusan Suez serta lonjakan harga tenaga yang memberi tekanan kepada ekonomi domestik.
Abdel Fattah el-Sisi turut memberi amaran bahawa sekiranya konflik tersebut berlarutan, ia bakal membawa bencana kemanusiaan dan ekonomi yang lebih besar bukan sahaja kepada rantau itu, malah kepada seluruh dunia.
Sebelum ini, beberapa siri rundingan tidak langsung telah diusahakan oleh pihak perantara, namun Tehran setakat ini menolak sebarang perbincangan terus selagi tuntutan kedaulatan mereka di Selat Hormuz tidak diiktiraf.
Topic Berkaitan
#Mesir
#Abdel Fattah el‑Sisi
#Donald Trump
#Iran
#perang Asia Barat
#Teluk
#diplomasi
#perantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan