awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gattuso letak jawatan ketua jurulatih Itali selepas gagal ke Piala Dunia
Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan terkorban di Iran sejak serangan AS-Israel
Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab dan akhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi, Ronaldo kembali bersatu dalam iklan Lego

Astro Arena
Astro Arena
03/04/2026
03:35 MYT
Messi, Ronaldo kembali bersatu dalam iklan Lego
Lionel Messi (kanan) dan Cristiano Ronaldo, kembali bersatu dalam satu iklan komersial yang dikeluarkan syarikat mainan antarabangsa, Lego. - Foto Lego
DUA ikon bola sepak moden, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, kembali bersatu dalam satu iklan komersial yang dikeluarkan syarikat mainan antarabangsa, Lego.
Dalam iklan bertajuk "Everyone wants a piece" itu, yang diterbitkan malam tadi, bintang Portugal, Ronaldo, dan legenda Argentina, Messi, bersama dua lagi bintang dunia, iaitu Kylian Mbappe (Perancis) dan Vinicius Junior (Brazil), sedang berebut untuk meletakkan kepingan terakhir Lego trofi Piala Dunia, yang merupakan mini-figura masing-masing.
Bagaimanapun, tiada di antara mereka dapat meletakkan kepingan terakhir itu sehingga ke penghujung iklan.
Sebagai rekod, kali terakhir Messi dan Ronaldo bergandingan dalam satu iklan komersial ialah dalam iklan bagasi Louis Vuitton pada 2022, di mana kedua-dua mereka bermain catur di atas bagasi berkenaan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Lionel Messi
#Lego
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan