awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat khas bincang penambahbaikan liputan telekomunikasi di lebuh raya - Nanta

Bernama
Bernama
29/07/2025
15:30 MYT
Mesyuarat khas bincang penambahbaikan liputan telekomunikasi di lebuh raya - Nanta
Nanta berkata mesyuarat itu, turut melibatkan Fahmi, MCMC serta LLM, diadakan susulan liputan Internet serta panggilan terputus yang sering dihadapi oleh pengguna lebuh raya. - Gambar X@AlexNantaLinggi
KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan usaha menambah baik liputan telekomunikasi dan Internet di lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata mesyuarat itu, yang turut melibatkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), diadakan susulan liputan Internet serta panggilan terputus yang sering dihadapi oleh pengguna lebuh raya.
"Setakat ini, kira-kira 50 kilometer jajaran lebuh raya telah dikenal pasti tidak mendapat liputan telekomunikasi termasuk beberapa bahagian di Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Pantai Timur 2," katanya dalam hantaran di platform X hari ini.
Nanta berkata mesyuarat turut mencapai beberapa keputusan utama antaranya Penubuhan Pasukan Petugas Khas LLM-MCMC untuk menyelaras pelan tindakan secara menyeluruh serta mengenal pasti lokasi kritikal panggilan terputus dan meneliti keperluan pemasangan infrastruktur telekomunikasi.
Beliau berkata konsesi lebuh raya turut akan digerakkan bagi melaksanakan penyelesaian jangka pendek dan panjang manakala LLM Wilayah dan MCMC negeri sudah turun padang untuk melakukan semakan tapak serta kemudahan bekalan kuasa bagi pemasangan infrastruktur sokongan.
Nanta turut mencadangkan agar MCMC dilibatkan secara langsung membantu menangani gangguan frekuensi dan menyokong keperluan teknikal untuk pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) iaitu kutipan tol tanpa perlu berhenti.
"Isu ini tidak boleh dipandang ringan... dalam dunia serba digital, akses kepada rangkaian Internet dan telekomunikasi bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan asas termasuk ketika berada di lebuh raya... komitmen kita jelas, bukan sahaja membina jalan raya tetapi juga memastikan rakyat sentiasa terhubung dengan lancar dan selamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#PLUS
#Lebuhraya Pantai Timur
#infrastruktur sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan