awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas PM Nepal Deuba, isteri
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MET jawab dakwaan cuaca panas bakal cecah 40 darjah Celsius

Bernama
Bernama
23/10/2017
13:11 MYT
MET jawab dakwaan cuaca panas bakal cecah 40 darjah Celsius
Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celcius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini menafikan mesej yang tular bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh lima hari akan datang.
Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celcius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celsius.
"Matahari juga kini tidak berada di kedudukan garisan Khatulistiwa dan berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan Taufan Lan semakin lemah.
"Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Alui menasihati orang awam supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai kedaan cuaca dari laman sesawang MET Malaysia di www.met.gov.my atau menghubungi talian 1-300-221638.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alui Bahar
#celsius
#cuaca panas
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Malaysia
#MET
#Taufan Lan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan