awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia tingkat amaran hujan berterusan di Sabah kepada tahap bahaya

Bernama
Bernama
23/01/2023
08:18 MYT
MetMalaysia tingkat amaran hujan berterusan di Sabah kepada tahap bahaya
Amaran hujan sangat lebat itu dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Pitas dan Kudat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meningkatkan tahap amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga Rabu (25 Jan), di beberapa kawasan di Sabah kepada tahap Bahaya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 petang, MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan tahap Bahaya dengan hujan sangat lebat itu dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Pitas dan Kudat dalam tempoh itu.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di kawasan Tambunan, Pantai Barat, Lahad Datu dan Kota Marudu, serta amaran hujan berterusan tahap waspada di Tongod bagi negeri itu.
Selain itu, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan (amaran tahap buruk) dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Meradong, Mukah dan Bintulu serta di Johor (Mersing dan Kota Tinggi).
Hujan berterusan (amaran tahap waspada) juga dijangka berlarutan sehingga Rabu di beberapa kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) serta Sarawak (Sri Aman, Pakan, Julau, Sibu, Tatau, Sebauh, Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Terdahulu, MetMalaysia menerusi kenyataan awal pagi tadi mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#hujan lebat
#Sabah
#tahap bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan