awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Miri dan Tumpat esok

Bernama
Bernama
21/09/2025
04:15 MYT
MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Miri dan Tumpat esok
MetMalaysia turut menasihati orang ramai, khususnya penduduk di kawasan sekitar, supaya tidak panik dengan bunyi siren berkenaan. - Facebook MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi esok.
MetMalaysia dalam hantaran di platform X hari ini memaklumkan, lokasi ujian itu ialah di Miri Central Park, Miri, Sarawak dari 9 pagi hingga 11 pagi, serta di Pantai Genting, Tumpat, Kelantan dari 10 pagi hingga 12 tengah hari.
"Langkah ini bertujuan menguji sistem siren tsunami baharu bagi pelaksanaan Site Acceptance Test (SAT) di lokasi berkenaan," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut menasihati orang ramai, khususnya penduduk di kawasan sekitar, supaya tidak panik dengan bunyi siren berkenaan kerana ia hanyalah ujian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#sistem amaran awal
#tsunami
#siren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan