awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mexico kerah 100,000 anggota untuk keselamatan Piala Dunia

Bernama
Bernama
07/03/2026
05:15 MYT
Mexico kerah 100,000 anggota untuk keselamatan Piala Dunia
Gelombang keganasan meletus pada 22 Feb di beberapa negeri di Mexico berikutan kematian ketua kartel dadah Nemesio Oseguera Cervantes, juga dikenali sebagai El Mencho, dalam operasi menangkapnya. - Gambar/ Reuters
Negara tuan rumah bersama, Mexico, membentangkan pelan keselamatannya untuk Piala Dunia FIFA, hanya dua minggu selepas tercetusnya keganasan di negara Amerika Utara itu berikutan pembunuhan seorang ketua kartel dadah, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Lebih 100,000 askar, pegawai polis dan anggota pasukan keselamatan swasta, selain dron, pesawat tentera dan anjing pengesan bahan letupan akan dikerahkan untuk memastikan kelancaran acara itu pada musim panas, kerajaan Mexico mengumumkan pada Jumaat.
Mexico menganjurkan kejohanan itu bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
“Seperti yang anda boleh lihat, kami sudah bersedia dengan baik,” kata Presiden Claudia Sheinbaum pada sidang media di bandar Guadalajara, salah satu venue.
Menurut Jeneral Román Villalvazo, ketua pusat penyelarasan keselamatan Piala Dunia di Mexico, tiga hingga empat kumpulan keselamatan akan ditubuhkan di semua lokasi utama Piala Dunia, termasuk stadium, hotel pasukan, lapangan terbang dan zon peminat.
Perlawanan pembukaan Piala Dunia dijadualkan berlangsung pada 11 Jun di ibu negara Mexico. Sebanyak 13 perlawanan akan diadakan di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.
Juara Eropah Sepanyol, Mexico dan Korea Selatan akan bermain di Guadalajara.
Gelombang keganasan meletus pada 22 Feb di beberapa negeri di Mexico berikutan kematian ketua kartel dadah Nemesio Oseguera Cervantes, juga dikenali sebagai El Mencho, dalam operasi menangkapnya.
Kenderaan dibakar dan sekatan jalan raya haram dilakukan. Lebih 70 orang terkorban.
Kekecohan itu, terjadi hanya beberapa bulan sebelum Piala Dunia FIFA, menimbulkan kesangsian terhadap kesesuaian Mexico sebagai tuan rumah.
Kerajaan Mexico memberi jaminan keselamatan pasukan dan pelawat.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Mexico
#Piala Dunia FIFA 2026
#keselamatan
#keganasan
#El Mencho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan