awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa buat 'gangguan' ditahan

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2023
10:27 MYT
MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa buat 'gangguan' ditahan
Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam ini - Foto/AFP/sosial media
KUALA LUMPUR: Seorang penumpang yang didakwa menyebabkan gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur telah ditahan.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan memaklumkan lelaki berusia 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam ini.
"Semua penumpang telah dipindahkan dari pesawat berkenaan.
"Tiada sebarang ancaman terhadap masyarakat," katanya AFP dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.
AFP menambah pihak tidak akan mendedahkan operasi yang diambil tetapi pelan tindak balas kecemasan telah digubal, selain pemindahan penumpang telah dibuat sebaik sahaja keadaan dikenal pasti selamat.
Sementara itu, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan turut mengesahkan insiden berkenaan.
Jelas syarikat penerbangan itu, demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney.
Penerbangan tersebut membawa 194 penumpang dan lima kru.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan “insiden kecemasan” di udara.
Topic Berkaitan
#MH122 berpatah balik
#Suspek ganggu MH122 ditahan
#Malaysia Airlines
#penumpang didakwa buat kacau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan