awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Barangan peribadi mangsa akan dipulangkan kepada waris

Bernama
Bernama
11/08/2014
09:33 MYT
MH17: Barangan peribadi mangsa akan dipulangkan kepada waris
MH17: Barangan peribadi mangsa akan dipulangkan kepada waris
Barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan dipulangkan kepada keluarga mereka selepas proses mengenal pasti dan pemeriksaan selesai dijalankan pasukan penyiasatan diketuai Belanda, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Katanya beliau tidak dapat memberikan tarikh sebenar bila ia akan dilakukan kerana fokus kini adalah proses mengenal pasti identiti mangsa yang sedang dijalankan di Hilversum di Netherlands.
"Ia agak sukar kerana kecuali terdapat tanda nama yang sempurna, akan membolehkan kami menghantar barangan itu kepada keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kepada 61 pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada sekolah tinggi aliran Cina persendirian di sini.
Beliau berkata perbincangan secara dalam talian dengan Belanda diadakan pada 6 petang setiap hari bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penyiasatan itu, termasuk tarikh bagi penyerahan mayat.
Tarikh untuk membawa pulang mayat ke Malaysia hanya akan diumumkan sebaik sahaja mayat diserahkan oleh pihak Belanda, katanya.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara sedang bergolak itu.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan