awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: DCA akan terus salur maklumat walau wujud spekulasi

Bernama
Bernama
13/10/2015
16:46 MYT
MH370: DCA akan terus salur maklumat walau wujud spekulasi
MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur menuju Beijing dengan membawa 227 penumpang dan anak kapal.
Walaupun spekulasi masih menyelubungi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berjanji ia akan terus menyalur maklumat kepada semua pihak berkaitan.
"Kami akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terbaharu MH370 kepada saudara mara dan orang ramai.
"Kami juga ingin menyeru setiap orang agar jangan membuat spekulasi tidak berasas yang boleh membawa tekanan kepada keluarga dan orang kesayangan yang menunggu dengan cemas mengenai perkara ini," menurut DCA dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jamil Omar membuat laporan polis di Sandakan dengan mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di dalam hutan di Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal bulan ini.
Wanita berkenaan turut mendakwa menemui rangka manusia dan bendera Malaysia yang berukuran 178 sentimeter panjang dan 89 sentimeter lebar bersama bangkai tersebut.
DCA berkata pihaknya telah bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa lain di Filipina yang kedua-dua pihak menafikan bahawa tiada bangkai pesawat yang ditemui di pulau berkenaan.
"Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan pihak berkuasa di Filipina. Penghargaan kami juga kepada semua negara yang membantu dalam masa yang diperlukan ini," katanya.
MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur menuju Beijing dengan membawa 227 penumpang dan anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui sehingga kini walaupun pencarian menyeluruh dilakukan di selatan Lautan Hindi, di kawasan yang dipercayai pesawat 'berakhir'.
Topic Berkaitan
#DCA
#Jabatan Penerbangan Awam
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan