awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Pertemuan tertutup dengan keluarga penumpang telah dijadualkan

Haider Yutim
Haider Yutim
01/04/2014
12:27 MYT
MH370: Pertemuan tertutup dengan keluarga penumpang telah dijadualkan
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa sebuah taklimat tertutup dengan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 akan diadakan di Kuala Lumpur, pada hari Rabu.
Menurut beliau, taklimat itu akan diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), dan akan dipengerusikan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke China.
"Pakar teknikal dari Malaysia, China dan Australia akan turut serta dalam taklimat tersebut, dan Duta China ke Malaysia juga akan hadir," kata Hishammuddin dalam sebuah kenyataan kepada pihak media pada Selasa.
Pada 19 Mac lalu, sedikit kekecohan berlaku di Hotel Sama Sama sebelum sidang media MH370 apabila enam ahli keluarga dipercayai warganegara China mendesak penjelasan pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat MH370.
Mereka tiba-tiba meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera "Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanya sebarang syarat."
Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media dan ditempatkan dalam bilik sekreteriat untuk sementara waktu.
Sebelum itu, di Beijing, sebahagian keluarga penumpang MH370 dari China meluahkan kekecewaan mereka apabila masih gagal mendapat jawapan tentang kehilangan pesawat milik MAS itu meskipun misi pencarian telah memasuki hari ke-12, lapor AFP.
Kejadian tersebut berlaku ketika sesi pertemuan pegawai penerbangan dengan keluarga tersebut di sebuah hotel di Beijing, China.
Sehubungan itu, Malaysia menghantar satu pasukan peringkat tertinggi ke Beijing untuk memberi taklimat serta perkembangan mengenai situasi MH370 kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.
Pasukan itu terdiri daripada wakil-wakil Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS).
Topic Berkaitan
#China
#Hishammuddin Tun Hussein
#keluarga
#MAS
#MH370
#taklimat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan