awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancong Malaysia ke India wajib mohon kad ketibaan dalam talian
Kerajaan Thailand akan kurangkan perbelanjaan tidak perlu, kekal disiplin fiskal 2027
Solidariti global terhadap Palestin perlu melangkaui simbolisme, kata Pelapor Khas PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft bakal berdepan saman kolektif £1.7 bilion berkaitan pengkomputeran awan di UK

Bernama
Bernama
22/04/2026
11:20 MYT
Microsoft bakal berdepan saman kolektif £1.7 bilion berkaitan pengkomputeran awan di UK
Lebih 59,000 perniagaan dan organisasi di UK secara kolektif menuntut pampasan daripada gergasi teknologi global itu selepas didakwa dikenakan caj berlebihan.

Microsoft bakal berdepan kes tindakan kolektif bernilai £1.7 bilion (US$2.3 bilion) di United Kingdom (UK) atas dakwaan “menyalahgunakan kedudukan dominan” dalam pengkomputeran awan, lapor PA Media/dpa, memetik keputusan tribunal.

Lebih 59,000 perniagaan dan organisasi di UK secara kolektif menuntut pampasan daripada gergasi teknologi global itu selepas didakwa dikenakan caj berlebihan bagi penggunaan Windows Server pada perkhidmatan awan pesaing.
Pada 21 April, Tribunal Rayuan Persaingan memutuskan yang tuntutan itu boleh diteruskan ke peringkat perbicaraan.
Tribunal itu turut meluluskan Perintah Prosiding Kolektif (CPO) secara opt-out, yang membolehkan perniagaan terbabit menyaman secara kolektif, bukannya secara individu.
Dalam penghakiman mereka, tribunal yang dipengerusikan oleh Adam Johnson menyatakan yang “tuntutan itu jelas melepasi ambang dengan mempunyai prospek kejayaan yang nyata”.
Maria Luisa Stasi, pakar peraturan pasaran digital yang juga seorang peguam, memfailkan kes itu bagi pihak perniagaan terlibat, yang boleh menuntut pampasan sekiranya berjaya.
Beliau berkata: “Keputusan hari ini merupakan detik penting bagi ribuan organisasi yang terjejas oleh tindakan Microsoft serta dalam memastikan sektor penting ekonomi kekal inovatif dan terbuka.
“Selama bertahun-tahun, amalan Microsoft memberi kesan kewangan sebenar kepada organisasi awam dan swasta.
“Saya kini menantikan persiapan untuk perbicaraan dan mendapatkan semula wang mereka bagi pihak mereka.”
Tuntutan itu menuduh Microsoft menyalahgunakan kedudukannya melalui amalan pelesenan berkaitan sistem operasi Windows Server serta perkhidmatan pengkomputeran awan, khususnya platform Microsoft Azure.
-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa
Topic Berkaitan
#teknologi
#Microsoft
#anti-persaingan
#saman
#UK
#Windows Server
#azure
#pengkomputeran awan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan