awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah

Sinar Harian
Sinar Harian
02/01/2025
09:55 MYT
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu, atas kesalahan dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu, atas kesalahan dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Menurut sumber, hukuman berkenaan dijatuhkan semasa tempoh perbicaraannya pada November lalu.
"Pada masa ini dia sedang menjalani hukuman penjara yang dikenakan di atasnya sebelum dibebaskan.
"Dia berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik. Berdasarkan hukuman penjaranya dia dijangka akan selesai pada April ini," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.
Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit.
Pelawak itu dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#umrah
#pelawak popular
#ganja
#Jeddah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan