awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
347 rumah diserahkan di bawah Program Baiti Jannati di Wilayah Persekutuan - Hannah
[KOLUMNIS] Sekatan 'tol' di Selat Melaka? Undang-undang antarabangsa menolaknya
Kelindan lori mengaku bersalah sebabkan kematian anak angkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mimifly terharu persembahan di Festival Muzik ASEAN-Korea di Filipina dapat sambutan hangat

Gempak
Gempak
23/04/2026
04:15 MYT
Mimifly terharu persembahan di Festival Muzik ASEAN-Korea di Filipina dapat sambutan hangat
Mimifly tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya dia usai persembahan dan pengalaman tersebut pastinya akan meninggalkan impak yang besar buat kerjayanya.
PENYANYI, Mimifly meluahkan rasa terharu dan berbangga apabila persembahannya di Festival Muzik ASEAN-Korea 2026 (ROUND) di Filipina pada 18 April lalu, mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, dia menganggap kejayaan itu sebagai hasil ‘tuaian’ selepas memilih untuk menggunakan wang sendiri bagi menampung segala kos melakukan persembahan di sana.
“Semuanya duit saya sendiri, bayar penari, pemuzik, tiket penerbangan, kelengkapan, baju penari, semuanya duit poket saya. Saya percaya ini semua aturan Tuhan, kalau saya tak keluarkan duit sendiri, saya tak tahu berapa kosnya dan saya takkan rasa kepuasannya.
“Saya dan seluruh pasukan saya, iaitu 27 penari saya semuanya menangis di belakang pentas. Saya dapat ‘standing ovation’. Di tempat duduk VIP, ada ramai orang kuat untuk festival itu, semuanya bangun dan tepuk tangan bila show saya habis.
“Satu stadium jerit nama saya, Mimifly. Saya sebak mendengar. Sebenarnya saya sudah menangis sebelum show bermula, bila saya tengok betapa cantiknya penari saya menari ketika latihan, itu adalah momen di mana saya tahu mereka dapat berikan standard yang saya mahukan. Mereka komited, tak manja, tak lambat, semuanya profesional.
“Itu yang buat saya menangis. Selalunya saya pergi show saya bawa enam penari, jarang bawa lebih tapi kali ini saya bawa juga pemain dram dan pemain keyboard. Penuh satu pentas dan bila dapat maklum balas yang sebegitu, saya rasa saya buat keputusan yang tepat,” katanya kepada Gempak.
Mimifly berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran single kedua pempengaruh, Ceddy Ang yang bertajuk Asal Ada Kamu bertempat di A Quiet Place Karaoke, Bukit Bintang pada Selasa.
Tambah Mimifly, dia juga tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya dia usai persembahan itu dan pengalaman tersebut pastinya akan meninggalkan impak yang besar buat kerjayanya.
“Terlalu seronok. Itu saja saya nak cakap. Saya rasa ‘crowd’ di sana yang membuatkan saya rasa seronok. Kalau fikir, mereka tak kenal saya, mereka hanya tengok saya menerusi muzik video di YouTube. Tapi sokongan mereka sangat jujur dan mereka tak tahu pun saya nyanyi apa.
“Tapi saya dapat rasa sokongan mereka. Saya antara orang yang bertuah dapat panggilan dari Festival Round. Saya rasa kerja saya dihargai dan bila orang cakap muzik itu menyatukan, saya dapat rasa,” katanya lagi.
Bercerita lanjut, Mimifly juga memaklumkan bahawa dia mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Tagalog sebagai cara untuk mendekati peminat di sana.
“Saya belajar bersama Yazmin Aziz. Saya katakan pada dia saya ada show di Manila dan saya bagi dia skrip yang saya mahu cakap. Dia ajar saya menerusi Whatsapp kerana dia di Thailand ketika itu. Jadi saya ‘bekalkan’ pelajaran itu ke sana,” katanya.
Menerusi persembahan selama 25 minit, Mimi menyampaikan lagu popularnya seperti Angkat dan Serumpun serta Nara, Euphoria dan Superfly.
Sekadar info, festival ROUND 2026 menghimpunkan karyawan seni muzik dari 10 negara ASEAN dan Korea bagi berkongsi muzik mereka dengan penonton global.
Sebelum ini Dolla dan Marsha Milan pernah dipilih mewakili Malaysia, dan tahun ini hanya Mimifly dipilih menyertai program anjuran syarikat hiburan Korea, KBS World bersama ASEAN. -- Gempak
Topic Berkaitan
#MimiFly
#Festival Muzik ASEAN-Korea
#serumpun
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan