awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/01/2026
01:45 MYT
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Kementerian Pertahanan (MINDEF) memandang serius dakwaan tular di media sosial berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) memandang serius dakwaan tular di media sosial berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, kementerian itu memaklumkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman secara segera dan menyeluruh bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.
Menurut kementerian, dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai serta amalan sebenar ATM yang selama ini berteraskan disiplin tinggi, profesionalisme dan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.
“Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran disiplin.
"Sekiranya siasatan mendapati dakwaan ini berasas, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat selaras dengan peraturan, tatacara dan undang-undang yang berkuat kuasa.
"Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM," katanya.
Kementerian Pertahanan turut menegaskan komitmen berterusan ATM dalam memastikan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan sentiasa berada pada tahap tertinggi, selain tidak bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej serta kredibiliti institusi pertahanan negara.
Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan kemasukan sekumpulan wanita untuk dijadikan hiburan anggota dan pegawai di kem tentera serta terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Topic Berkaitan
#Mindef
#ATM
#budaya tidak bermoral
#kem tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan