awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mirai dengan teknologi ‘fuel cell’ terbaru

Astro Publication
Astro Publication
17/11/2014
09:30 MYT
Mirai dengan teknologi ‘fuel cell’ terbaru
Baharu sebentar tadi Toyota telah mengeluarkan klip video ringkas mengenai kereta yang akan mereka lancarkan dengan rasmi pada hari esok (18 November 2014) iaitu Toyota Mirai (yang bermaksud ‘masa hadapan’ di dalam Bahasa Jepun).
Ini bukanlah model kenderaan yang biasa tetapi satu lagi produk yang menggunakan tenaga ‘fuel cell’ ataupun secara ringkas, sebuah kenderaan elektrik yang menghasilkan tenaganya sendiri. Ini berbanding dengan EV (electric vehicle) yang menyimpan tenaga elektrik di dalam bateri.
Berbanding kereta biasa yang menghasilkan tenaga dengan enjin etrol/diesel, Toyota Mirai ini mempunyai tangki yang menyimpan hidrogen termampat, motor elektrik, barisan ‘fuel cell’, sebuah bateri kecil dan unit kawalan tenaga. Hidrogen ini disalurkan ke ‘fuel cell’ di mana ia digabungkan dengan oksigen untuk menghasilkan elektrik melalui tindak balas kimia yang berlaku. Elektrik ini kemudian digunakan untuk menggerakkan motor. Yang menjadikan teknologi ini begitu menguntungkan adalah bahan yang terhasil – air. Tiada pencemaran daripada karbon monoksida atau apa-apa gas beracun karsinogenik yang lain. Mengikut maklumat awal daripada Toyota, kurang daripada 5 minit diperlukan untuk mengisi bekalan hidrogen, dan jarak yang boleh ditempuh adalah sekitar 480km.
Toyota Mirai ini akan dilancarkan esok di Jepun dan dijangka akan memasuki pasaran Eropah serta Amerika Utara pada tahun 2015. Malaysia? Memang sukar, terutamanya kerana dasar automotif yang kurang cekap di dalam menyelesaikan perkara yang tidak terlibat dengan ekonomi dalaman negara.
Topic Berkaitan
# fuel cell
# Mirai
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan