awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau

Bernama
Bernama
20/12/2023
12:50 MYT
MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau
Leong berkata MITA merancang meneroka pasaran baharu dalam membentuk semula landskap pelancongan negara. - Gambar Global Tourism Economy Forum
SEPANG: Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) akan membangunkan kempen pemasaran inovatif yang disesuaikan dengan setiap rantau untuk menyerlahkan tawaran unik Malaysia, kata Presiden MITA Mint Leong Hoon Min.
Mengakui kesan pandemik berterusan memberi kesan terhadap sektor pelancongan, beliau berkata MITA akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dalam melaksanakan protokol kesihatan dan keselamatan, serta memperkenalkan dasar perjalanan yang fleksibel.
"Dengan ini dapat menanamkan keyakinan kepada pengembara, kita menyasarkan untuk membawa Malaysia ke dalam kebangkitan semula pelancongan selepas wabak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan MITA ke-19 di sini hari ini.
Leong berkata MITA merancang meneroka pasaran baharu muncul seperti negara China, India dan Asia Tenggara dan memupuk pasaran sedia ada seperti Eropah dan Amerika Utara dalam membentuk semula landskap pelancongan negara.
"Langkah membudayakan pasaran baru diambil kerana dengan pandemik COVID-19 yang berterusan, mempelbagaikan dan mengembangkan pasaran sasaran adalah penting," katanya.
Beliau berkata MITA juga berhasrat menjalin pakatan kukuh dengan agensi pelancongan, syarikat penerbangan, hotel dan komuniti tempatan dengan mewujudkan platform untuk kerjasama dan perkongsian pengetahuan.
"Ia akan membantu memperkasakan potensi pelancongan di negara ini, selain memacu inovasi dan meningkatkan pengalaman pelawat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#potensi pelancongan
#MITA
#pakatan kukuh
#COVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan