awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MM2H bukti Malaysia terbuka kepada dunia, tadbir urus lebih kukuh - Tiong King Sing

Astro AWANI
Astro AWANI
19/02/2026
04:46 MYT
MM2H bukti Malaysia terbuka kepada dunia, tadbir urus lebih kukuh - Tiong King Sing
Tiong King Sing menegaskan pencapaian itu bukan sekadar angka, tetapi memberi sumbangan ekonomi nyata yang impaknya dirasai negara - Foto fail/MOTAC
Program Malaysia My Second Home (MM2H) bukan sekadar satu dasar, sebaliknya menjadi mesej jelas bahawa Malaysia bersedia membuka pintu kepada komuniti antarabangsa dengan tadbir urus lebih kukuh, proses lebih telus serta sistem yang lebih efisien.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata sejak kerangka baharu MM2H diluluskan Kabinet pada 21 Mei 2024 serta pengambilalihan rasmi program itu oleh kementeriannya pada 15 Oktober 2023, keyakinan terhadap inisiatif berkenaan meningkat dengan ketara.
Beliau berkata operasi melalui Pusat Sehenti (OSC) MM2H yang bermula pada 18 Disember 2023 turut menyumbang kepada prestasi program, termasuk dari segi jumlah lesen pengendali dan penyertaan peserta.
"Sehingga 11 Februari 2026, sebanyak 255 lesen pengendali telah dikeluarkan dan prestasi sebenar dapat dilihat melalui angka penyertaan yang meningkat dengan signifikan pada 2025.
"Bagi 2024 dan 2025 sahaja, seramai 9,511 peserta diluluskan di bawah pelbagai kategori termasuk Platinum, Gold, Silver serta Zon Ekonomi Khas/Zon Kewangan Khas," katanya.
King Sing menegaskan pencapaian itu bukan sekadar angka, tetapi memberi sumbangan ekonomi nyata yang impaknya dirasai negara.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ejen dan syarikat pengendali yang mempromosikan MM2H di peringkat antarabangsa.
"Pada 2024, program ini menyumbang fi penyertaan berjumlah RM3.3 juta dan akaun simpanan tetap mencecah RM550.8 juta. Pada 2025 pula, sumbangan meningkat kepada RM10.5 juta bagi fi penyertaan, akaun simpanan tetap RM1.8 bilion serta pembelian rumah bernilai RM1.5 billion.
"Kita sentiasa mengiktiraf yang cemerlang, namun saya percaya lebih ramai lagi mampu melonjakkan prestasi dengan kerjasama rakan strategik yang tepat di luar negara," ujar beliau lagi.
Menurut King Sing, MM2H bukan hanya mengenai persaraan atau pemilikan hartanah, tetapi menjadi platform membina komuniti antarabangsa yang memilih Malaysia sebagai rumah kedua.
Beliau turut menghargai sokongan strategik Bank of China yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama kementerian.
"Kerjasama ini penting bagi memperkukuh keyakinan pelabur dan peserta antarabangsa terhadap kestabilan serta kredibiliti program berkenaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Visit Malaysia 2026
#Program MM2H
#Tiong King Sing
#tahun melawat malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan