awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohammad ucap takziah kepada keluarga Koperal Mohammad Nasri

Bernama
Bernama
12/04/2023
16:30 MYT
Mohammad ucap takziah kepada keluarga Koperal Mohammad Nasri
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu urusan membawa pulang jenazah Mohammad Nasri. - Gambar FB Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas di Hutan Simpan Belum, Gerik, Perak, Jumaat lepas.
Mohamad menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib.
"Didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman jua hendaknya, Amin," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu urusan membawa pulang jenazah Mohammad Nasri.
Mohammad Nasri, 33, dari Batalion ke-35 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang, ditemukan meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi tadi menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Facebook
#takziah
#RAMD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan