awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Nasri dilantik pemangku Pengarah JSPT - Ayob Khan

Bernama
Bernama
29/09/2023
04:07 MYT
Mohd Nasri dilantik pemangku Pengarah JSPT - Ayob Khan
Mohd Nasri (kanan) memangku jawatan Pengarah JSPT Bukit Aman menggantikan Mat Kasim (kiri) yang bersara wajib pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar dilantik sebagai Pemangku Pengarah JSPT, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Mohd Nasri menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang berpencen wajib esok.
Majlis serah terima tugas Pengarah JSPT disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.
Ayob Khan dalam ucapannya berkata berbekalkan ilmu serta pengalaman luas yang dimiliki, Mohd Nasri diyakini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.
Mat Kasim menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1988 sebagai Insp Percubaan dan berkhidmat selama lebih 35 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Ketua Unit Databank/DNA, Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) di Jabatan Logistik dan Teknologi, Ketua Polis Melaka serta Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Nasri Omar
#Pemangku Pengarah JSPT
#ayob khan mydin pitchay
#Mat Kasim Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan