awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Zuki lapor diri hari pertama di pejabat KSN

Bernama
Bernama
02/01/2020
13:01 MYT
Mohd Zuki lapor diri hari pertama di pejabat KSN
Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengimbas kad perakam waktu ketika memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu Datuk Seri Mohd Zuki Ali melapor diri di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di Perdana Putra di sini hari ini.
Mohd Zuki, 58, dilantik sebagai KSN ke-15 berkuat kuasa 1 Januari 2020 menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar yang bercuti sebelum persaraan wajib.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohd Zaki juga mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir menyampaikan watikah pelantikan sebagai KSN kepada Mohd Zuki dan menyaksikan penyerahan nota serah tugas daripada Ismail kepada KSN baharu itu.
BACA: Datuk Seri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara
Mohd Zuki yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura, mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun.
Sebelum pelantikan terkini, Mohd Zuki ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau juga pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Ismail Bakar
#Jabatan Perdana Menteri
#ketua setiausaha negara
#KSN
#Mohd Zuki Ali
#Pejabat Ketua Setiausaha Negara
#Perdana Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan